CNA melaporkan, kejadian itu berlaku apabila anggota polis bertindak menghalau sekumpulan penunjuk perasaan yang berdegil untuk ‘bermalam’ di luar bangunan Parlimen meskipun selepas tamat permit perhimpunan itu, menyebabkan kumpulan terbabit membaling botol dan pelbagai objek ke arah polis.

Perhimpunan yang dihadiri jutaan penduduk itu adalah yang terbesar di Hong Kong sejak tahun 1997.

Tanah bekas jajahan British itu diserahkan kembali kepada pemerintahan Cina pada tahun 1997 di tengah-tengah jaminan autonomi dan kebebasan, termasuk sistem perundangan yang berasingan. -AGENSI