Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagaimanapun tidak menafikan jawapan yang diberikan kepada pemberita kadang-kala menghangatkan lagi suasana politik negara.

“Lumrah politik itu sifatnya dinamik. Jika statik sahaja, media pun tiada berita nak tulis. Pagi petang siang malam sama sahaja, surat khabar pun tak laku.

“Sebagai Setiausaha Agung macam saya, keluarkan kenyataan juga dari semasa ke semasa. Hari-hari media tanya kita pun kena jawab, kadang jawapan kita itu boleh memanaskan suasana,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Program Citarasa Malaysia sempena Kempen Beli Barangan Malaysia di Tesco Extra, Mutiara Damansara, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE