Menurut BBC News, kematian Pelli seorang warga Argentina, dilaporkan oleh gabenor wilayah Tucuman Argentina, Juan Manzur.

Arkitek itu membesar di wilayah Tucuman.

"Dengan penuh kesedihan kami menerima berita kematian arkitek agung Cesar Pelli.

"Saya ingin menyampaikan takziah kepada keluarga, rakan dan pasukan mendiang. Tidak diragukan bahawa beliau seorang pencipta dan warisannya akan kekal wujud dalam setiap karyanya," menurut Maznur dalam kiriman di Twitternya.

Pelli belajar seni bina di Universiti Tucuman sebelum muncul sebagai pencetus visi dan pendidik.

Selain Menara Petronas yang siap pada 1998 setinggi 452-meter yang merupakan bangunan tertinggi di dunia, hasil kerja Pelli masyhur yang lain termasuk World Financial Centre di New York, Canary Wharf Tower di London dan kerja-kerja renovasi Museum of Modern Art New York. - BERNAMA