Berikut adalah kenyataan penuh beliau yang dimuat naik dalam hantaran Facebook semalam:

Ini adalah peranan yang patut dijalankan oleh Peguam Negara untuk memberi keadilan di dalam kes Muhammad Adib (sepertimana yang diungkap dari tulisan Tun Hamid):

1: Memahami peranan pendakwa raya dalam inkues itu. (Inkues adalah untuk mencari kebenaran dan bukan seperti kes jenayah di mana pendakwa raya mendakwa seseorang).

2. Jangan menyebelahi mana-mana pihak.

3. Kemukakan keterangan yang ada padanya.

4. Jangan cuba menghalang keterangan yang bercanggah dengannya.

5. Berilah kebenaran kepada kementerian untuk melantik Syazlin Mansor atau mana-mana peguam lain untuk mewakili Kementerian, Jabatan Bomba, dan keluarga Muhammad Adib.

6. Dalam inkues, jangan mengambil pendirian menerima sesuatu keterangan dan menolak yang lainnya dan menghendaki kementerian dan Jabatan Bomba mengambil pendirian yang sama.

7. Jangan singkirkan Muhammad Adib dan

8. Biarlah Koroner memperolehi semua keterangan yang berkenaan untuk membolehkannya membuat keputusan yang betul dan adil.

Apakah pendapat anda bahawa Peguam Negara boleh menepatinya setelah mengacau ganggu dalam kes ini? Nyatakan pendirian anda:

1: Peguam Negara telah gagal dan saya tidak percaya beliau boleh memberi keadilan ke atas kes Muhammad Adib.

2. Saya yakin Peguam Negara boleh (walaupun telah menunjukkan sebaliknya). Kalau ada alasan lain sila nyatakan.

Pada saya ini basic 101 inkues. Peguam Negara telah gagal dan mengacau ganggu. Beliau masih tidak menunjukkan sedikit kekesalan dan terus berpegang kepada kesalahannya. Sebab itu saya tidak yakin peranan di atas boleh dijalankan oleh Peguam Negara untuk mendapat keadilan. Pada saya apabila Peguam Negara mewakili pihak bomba, beliau akan hanya 'suppress' pandangan dan kepentingan bomba yang tidak percaya bahawa Peguam Negara dilanggar oleh mereka sendiri.

Demi Keadilan. Demi kebenaran. - UTUSAN ONLINE

* Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Utusan Online