Namun, apa yang menarik, ‘uji nilai’ yang dibuat kali ini bukan membabitkan anggota tentera, sebaliknya pengunjung yang diberikan peluang menaiki bot berkelajuan 40 knot itu selepas memenangi peraduan anjuran TLDM sempena LIMA ’19.

Bagi Nur Azyanie Ahmad, 31, dia menyifatkan peluang itu sebagai pengalaman dan cara terbaik menyelami kehidupan anggota TLDM.

“Jika saya tidak mencuba nasib menyertai peraduan berkenaan, sudah pasti saya hanya datang dan melihat sahaja pameran ini.

“Inilah salah satu cara terbaik supaya masyarakat kita dapat mengetahui dan mempelajari bagaimana aset TLDM berfungsi, sekaligus menghayati pengorbanan mereka,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Peraduan Kunjungi dan Menang itu hanya terbuka sempena LIMA ’19 yang berakhir esok sebagai penghargaan kepada pengunjung.

Dalam pada itu, Nurul Faeza Mohd.Yusof, 29, berkata, kunjungannya ke LIMA ’19 amat berbaloi dan berharap TLDM dapat meneruskannya lagi dalam pameran atau acara lain pada masa hadapan. - UTUSAN ONLINE