Malah Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, pengumuman tersebut juga akan mengambil masa selepas menerima beberapa teguran sebaik sahaja proses audit dijalankan.

“Terlalu banyak akaun yang tidak menunjukkan keadaan sebenar. Jadi kita perlu semak terlebih dahulu... Kita tahu Kementerian Pertahanan juga antara agensi yang disiasat di bawah Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang.

“Jadi ambil masa kerana ada perkara yang ditegur audit secara serius tentang keuntungan yang sebenarnya ada masalah,” katanya dalam sidang akhbar sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) di sini hari ini.

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan isu kelewatan dividen dan bonus LTAT serta Lembaga Tabung haji (Tabung Haji) menerusi laman Facebook miliknya. - UTUSAN ONLINE