Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana keputusan mengenai harga bahan bakar tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat mingguan Kabinet semalam.

“Seperti yang disebut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, harga petrol akan ditetapkan selepas mesyuarat dengan pihak berkepentingan selesai.

“Keputusannya sudah ada. Tunggu sahaja keputusan rasmi yang akan diumumkan selewat-lewatnya esok,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena pelancaran program Tesco Ong Mali 2019 di Tesco Kepong Village Mall di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE