Ogos ini dari pukul 7 hingga 11 malam.

Jelas Puspal, permohonan daripada penganjur untuk mengadakan konsert tersebut

pada pukul 7 malam pada tarikh berkenaan, hanya diterima pihaknya 31 Julai lalu.

Tambahnya,

berdasarkan maklumat daripada penganjur yang dikemukakan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

melalui surat bertarikh 13 Ogos lalu, didapati jualan tiket untuk konsert tersebut telah bermula dari Mac 2019 lagi, iaitu sebelum permohonan tersebut dikemukakan.

"Puspal ingin mengingatkan bahawa pihak penganjur tidak sepatutnya memulakan jualan tiket untuk sebarang acara sebelum

kebenaran pihak berkuasa yang berkenaan diperoleh termasuklah surat

sokongan daripada Puspal.

"Permohonan tersebut telah ditolak berdasarkan pandangan dan nasihat Jakim supaya pemohon dapat meminda tarikh konsert tersebut kepada

tarikh lain yang lebih sesuai.

"Ini kerana tarikh 1 Muharram bermula pada

terbenamnya matahari pada 31 Ogos 2019 sehingga terbenamnya 1 September 2019," jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berdasarkan maklumat di internet, konsert artis dari India berkenaan dianjurkan oleh Raaghav Production di Plenary Hall KLCC.

Menurut Puspal, penganjur kemudiannya telah mengemukakan rayuan dan menjelaskan

bahawa mereka telah memulakan penjualan tiket dan membuat perbelanjaan untuk konsert tersebut sebelum kelulusan diperoleh.

Jelasnya lagi, bagi membantu penganjur dengan mengambil kira kesulitan yang telah mereka alami kerana telah memulakan jualan tiket sebelum mendapat kelulusan, Puspal telah bersetuju untuk membenarkan mereka mengadakan konsert pada 31 Ogos tetapi diawalkan ke pukul 3 petang sehingga 7 malam.

"Penganjur telah bersetuju dengan perkara ini. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar untuk mewujudkan persepsi yang kurang

menyenangkan bahawa konsert tersebut telah diubah masa atas arahan Puspal.

"Puspal ingin menegaskan sekali lagi bahawa para penganjur tidak sepatutnya memulakan jualan tiket dan promosi untuk

apa jua acara sebelum kelulusan diperoleh kerana kelulusan tersebut

bukanlah diberi secara automatik dan sekiranya kelulusan tidak diberikan,

acara tersebut tidak akan dibenarkan untuk diadakan.

"Perlu diingatkan bahawa para penganjur yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dan meneruskan tindakan tanpa memperoleh surat sokongan rasmi Jawatankuasa Puspal adalah di atas risiko penganjur, " jelasnya. - UTUSAN ONLINE