Memetik portal Free Malaysia Today, Shankar Ganesh dipetik Malay Mail Online berkata, Anwar menghubunginya dan berjanji akan bertemu minggu depan dalam membantu menyelesaikan isu tersebut.

Rakaman video selama 26 minit yang kebanyakan dalam bahasa Tamil berkata, Shankar mendakwa Anwar merayu beliau tidak meneruskan himpunan ‘Say No To Zakir Naik, Equal Rights To Indians & Others.’

Beliau menyifatkan panggilan telefon daripada pemimpin PKR iru sebagai ‘mata tambahan’ dan meletakkan 101 peratus kepercayaan terhadapnya.

“Disebabkan perkataan itu, saya meletakkan kepercayaan saya demi komuniti India dan membatalkan himpunan esok (petang ini).

“Jangan risau, kami akan buat sesuatu. Jadi mari lakukannya. Mari letak kepercayaan kita pada Anwar,” katanya malam tadi sambil memainkan rakaman perbualan telefon dengan Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam rakaman video berkenaan.

Keputusan itu dibuat beberapa jam selepas Anwar menggesa penganjur membatalkan himpunan berkenaan kerana keadaan sudah reda susulan tindakan kerajaan.

Anwar berkata, tiada keperluan untuk menunjuk perasaan kerana polis sudah melarang penceramah kontroversi dari India itu berceramah di seluruh negara. - UTUSAN ONLINE