Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, ini bagi memastikan golongan kanak-kanak tidak terkeliru dengan status guru yang mengajar mereka.

Beliau malah memberitahu, pengambilan guru Kemas juga amat ketat sehingga setiap pemohon perlu lulus ujian psikometrik selain lulus dalam beberapa ujian lain.

“Setakat ini, tidak ada. Transgender ini kadang-kadang kita tak tahu bahawa dia adalah transgender. Kalau tengok dokumen, namanya mungkin Ali bin Mohamad, tapi yang datang (temuduga) ala-ala Anita.

“Ini budak-budak kecil, nanti budak-budak keliru,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) di Institut Kemajuan Desa (Infra) Bangi dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin.

Pada majlis itu, seramai 198 pelatih menerima sijil SPAK masing-masing dan 18 daripadanya merupakan pelatih lelaki. -UTUSAN ONLINE