Mereka melupakan seketika kesibukan tugas membuat liputan tentang pelbagai kejadian setiap hari dan mengambil kesempatan dalam majlis tersebut untuk beramah mesra serta merapatkan ukhwah sempena meraikan hari-hari terakhir Syawal kali ini.

Lebih manis, majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan strategik pihak media terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan Persekutuan dan negeri, syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pasukan keselamatan.

Menurut Presiden Kemudi, Azran Fitri Rahim, majlis sambutan Aidilfitri merupakan salah satu program tahunan kelab bagi meraikan ahli-ahlinya yang terdiri daripada pengamal media seperti wartawan, jurugambar, jurukamera serta warga kerja lain setiap organisasi media.

 

“Majlis Hari Raya Aidilfitri Kemudi dibuat secara santai, namun tetap meriah dan dipenuhi dengan suasana penuh kekeluargaan dalam kalangan para pengamal media sendiri serta dengan pelbagai pihak lain.

“Penganjuran majis ini kali ini dibuat dengan kerjasama pihak Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Kelantan,” katanya dalam majlis tersebut.

Antara tetamu yang hadir, Pengarah MOTAC negeri, Mohd. Aidil Afizie Daud; Ketua Pengarah Eksekutif RGH, Raja Rusmin Raja Mahmud dan Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin hassan.

Dalam majlis sama turut diadakan pelancaran Gerak Kerja Festival ‘ASEAN Food & Heritage’ yang disempurnakan oleh Mohd. Aidil Afizie. - UTUSAN ONLINE