Ahli Dewan Undangan Nege­ri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah berkata, ada antara peneroka yang memperoleh pendapatan RM50 sebulan ekoran kejatuhan harga kelapa sawit dan bergantung hidup menerusi sumbangan serta bantuan anak-anak.

Sehubungan itu, katanya, apabila Kerajaan Pusat me­ngumumkan tempoh moratorium

MD. SOHAIMI MOHAMED SHAH
MD. SOHAIMI MOHAMED SHAH 

perlombongan bauksit yang akan berakhir 31 Mac ini tidak dilanjutkan, peneroka di Felda Bukit Goh dan Felda Bukit Kuantan di sini berharap kerajaan dapat mempercepatkan kerja-kerja perlombongan bahan mineral itu.

“Apa yang saya sampaikan ini adalah hasrat peneroka di Felda Bukit Goh dan Bukit Kuantan yang mahu kerajaan mempercepatkan kegiatan perlombongan bauksit tetapi perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat supaya masalah antaranya debu merah yang berlaku sebelum ini tidak berulang,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat ADUN Sungai Lem­bing di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatah Kampung (JKKK) Felda Bukit Goh, Jefri Salleh.

Sebelum ini, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, tempoh moratorium terhadap kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari negeri ini yang berakhir pada 31 Mac ini tidak dilanjutkan.

Md. Sohaimi berkata, selain menyampaikan hasrat peneroka, beliau ingin memaklumkan bahawa kajian YP Mineral, anak syarikat milik Yayasan Pahang mendapati bahawa terdapat kira-kira 18.5 juta metrik tan bauksit yang boleh dikeluarkan dari negeri ini meliputi Lembah Jabor, Felda Bukit Goh, Felda Bukit Kuantan dan Sungai Pinang di sini jika perlombongan bahan mineral itu diteruskan.

“Nilainya adalah dianggarkan berjumlah RM2.59 bilion dan jika dikira kerajaan ne­geri akan memperoleh ro­yalti RM259 juta iaitu kira-kira RM300 juta dan dalam keada­an ekonomi ketika ini jumlah ini begitu diperlukan,” kata­nya.

Selain itu katanya, kajian berkenaan memaklumkan pendapatan RM20 juta akan diperoleh menerusi penghasilan produk kedua iaitu hasil buangan bauksit seperti batu bata, simen, cat dan polivinil klorida (PVC) serta menyediakan peluang pekerjaan kepada 260 orang.