Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, mereka yang mendapat surat atau emel itu juga perlu melaporkan pendapatan sekiranya mempunyai gaji atau upah bulanan berjumlah RM4,000 dan ke atas.

Jelasnya, pendaftaran boleh dibuat di mana-mana cawangan LHDN atau menerusi sistem eDaftar di Portal Rasmi LHDN.

“Bagi yang menjalankan perniagaan selain syarikat sendirian berhad yang mempunyai pendapatan tahunan berjumlah kira-kira RM48,000 (atau RM4,000 sebulan) selepas ditolak perbelanjaan operasi dan elaun modal yang dibenarkan, pembayar cukai masih perlu mendaftar sebagai pembayar cukai dan melaporkan pendapatan tersebut kepada LHDN. 
 
“Pembayar cukai boleh mengabaikan surat dan emel yang diterima daripada LHDN ini sekiranya pendapatan yang diterima adalah kurang daripada jumlah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE