Tindakan penutupan bekalan air oleh Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) berkenaan dikatakan dilakukan tanpa sebarang notis yang menyebabkan penduduk di situ bertindak membuat laporan polis pada hari sama.

Pengerusi Persatuan Penduduk Selesa Hillhomes, Rozana Abdullah berkata, pihaknya terpaksa membuat laporan polis kerana berasa teraniaya dengan tindakan drastik berkenaan.

“Saya pelik kenapa tiba-tiba meter air ditutup sedangkan saya difahamkan bayaran dilakukan penduduk kepada pihak berkenaan malah dilakukan tanpa sebarang notis.

“Adakah ini dilakukan betul mengikut undang-undang?. Bagaimana nasib keluarga yang mempunyai bayi dan orang tua terutama yang tinggal di tingkat enam tanpa lif di sini,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, dia ada menghubungi Paip dan mereka memberi alasan penutupan itu atas arahan pemilik akaun yang menguruskan bekalan air di situ. - UTUSAN ONLINE