Beliau seperti yang dipetik oleh Reuters bagaimanapun menegaskan langkah itu tidak akan menyelesaikan masalah itu dengan segera.

Pengumuman itu menarik perhatian dunia dan penduduk yang berpendapat tindakan itu terlalu lewat.

Dalam pada itu, pemimpin yang mendapat sokongan Beijing ketika lawatan di Guangxi di China, juga menegaskan beliau tidak bersetuju dengan penarafan dikeluarkan Fitch Rating yang menurunkan gred Hong Kong, baru-baru ini. -AGENSI