Kumpulan Tentera Rakyat Baharu (NPA) meletupkan bom dalam serangan yang dilakukan awal pagi ini, sekali gus mencetuskan pertempuran dengan tentera kerajaan sehingga empat jam.

Jurucakap tentera, Kapten Reynaldo Aragones berkata, pihaknya menerima aduan bahawa NPA memeras ugut penduduk dan pasukan tentera dikerahkan ke perkampungan terbabit untuk memantau keadaan. – AFP