Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, keputusan tersebut diambil selepas mempertimbangkan rayuan daripada Persatuan Pengusaha Bas.

"Ini akan menjimatkan pengusaha bas daripada bebanan cukai SST pada kadar 10 peratus untuk setiap bas yang berharga antara RM250,000 hingga RM900,000," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, sehingga hari ini, terdapat 115 buah bas yang telah siap dipasang dan 360 buah bas separuh siap yang belum dikeluarkan daripada kilang pemasangan tempatan.

Katanya, pengusaha bas perlu bergantung kepada bas baharu untuk memberi perkhidmatan yang selesa dan selamat kepada orang ramai terutamanya pelajar-pelajar sekolah dan golongan berpendapatan rendah. - UTUSAN ONLINE