Pakatan parti pemerintah memenangi lebih 90 peratus kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum Ahad lalu yang dicemari tuduhan penipuan undi serta keganasan apabila 17 orang terbunuh.

Ketika anggota baharu Parlimen daripada parti pemerintah, termasuk Sheikh Hasina, mengangkat sumpah, anggota pembangkang dilihat memboikot majlis berkenaan.

“Kenapa kita harus mengangkat sumpah apabila kita menolak keputusan pilihan raya itu?” soal Mirza Fakhrul Islam, Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Bangladesh (BNP) kepada pemberita di sini. – REUTERS