Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan negeri mula mengambil tindakan yang perlu untuk memulihkan air di negeri ini daripada pencemaran.

Pada masa sama, Tunku Ismail meminta kerajaan negeri supaya menguruskan air dengan lebih baik serta mendidik rakyat mengenai kesedaran terhadap penggunaan air.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Taklimat Berkaitan Sumber Air dan Pengurusan Sungai Negeri Johor di Bilik Gerakan, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad di Kota Iskandar di sini hari ini yang dimuat naik dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Media baru-baru ini melaporkan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor akan melakukan penilaian kualiti terhadap sampel air dari Sungai Daing berikutan pencemaran Sungai Kopok di Pasir Gudang

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, pihaknya mengambil maklum kegusaran penduduk Kampung Perigi Acheh dan memandang serius pencemaran di Sungai Kopok yang dipercayai berpunca dari Sungai Daing iaitu anak Sungai Kopok.

"Selain penilaian kualiti air, JAS juga diarah memeriksa seluruh premis industri berhampiran Sungai Daing bagi memastikan prosedur operasi premis tersebut mengikut piawaian di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya menerusi satu kenyataan. - UTUSAN ONLINE

ends