Setiausaha luar kedua-dua negara mengadakan pertemuan di Dhaka, semalam bagi memuktamadkan perjanjian yang ditandatangani pada 23 November lalu untuk penghantaran pulang pelarian secara sukarela melibatkan hampir tiga perempat daripada satu juta etnik Rohingya yang tinggal di kem-kem pelarian di sempadan Bangladesh.

Kementerian luar Bangladesh dalam satu kenyataan berkata, kumpulan kerjasama baharu ini akan mematikan penghantaran pulang dalam tempoh dua bulan dengan membangunkan jadual untuk pengesahan identiti pelarian dan logistik kepulangan pelarian. - AFP