Malah jika diberi latihan serta panduan yang betul mereka juga mampu memperlihatkan kebolehan yang bukan sahaja setanding dengan insan yang sempurna bahkan lebih baik dan boleh dibanggakan.

Atas kesedaran itu, seramai 40 pelajar kelas PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Dor dekat sini didedahkan kepada projek akuakultur dan batik.

Perasmian kedua-dua projek serta galeri batik itu disempurnakan Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan negeri, Wan Salmah Wan Hamat hari ini yang membuka lembaran baharu bagi pelajar terbabit.

"Projek ini sangat sesuai untuk transisi kerjaya bagi pelajar PPKI kerana secara langsung berlaku proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang memberikan pengetahuan dan pengalaman sebenar.

Katanya, pelajar yang berminat boleh meneruskan kerjaya mereka dalam kedua-dua bidang selain membuka peluang kepada pelajar lain untuk menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran. - UTUSAN ONLINE