Tertuduh,.S. Govintaran,23, yang merupakan antara 12 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini kerana terlibat dalam kes pergaduhan bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Tei Pei Si.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rifah Izzati Abdul Mutalif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin dan mahkamah menetapkan 1 Oktober ini bagi sebutan semula kes.

Menurut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan bunuh dan menyebabkan kematian kepada R. Loganathan, 21, antara pukul 3 pagi hingga 5 pagi pada 11 Ogos lalu di Jalan Bongor, Taman Rimba, Mentakab di sini.

Oleh itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, tertuduh bersama 11 lagi lelaki turut didakwa kerana terlibat dalam pergaduhan berkumpulan.

Kesemua tertuduh di­dak­wa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang boleh membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika bersabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE