Kita faham mungkin sukar untuk mendapatkan pekerja tempatan tetapi tak kanlah begitu mudah mahu menjemput pula warga Afrika? Kenapa warga Afrika? Tahukah Kula Segaran bahana yang menanti jika kelompok tersebut dibawa masuk ke ladang-ladang ke negara ini?


Kalau benar pekerja asing dari Vietnam dan Indonesia tidak mahu lagi datang untuk bekerja di negara ini disebabkan gaji yang diterima tidak jauh berbeza dengan negara asal carilah puncanya.


Bukankah sebelum ini sebahagian besar majikan begitu teruja mengambil pekerja warga asing kerana boleh membayar gaji lebih rendah berbanding pekerja tempatan sehingga ada rakyat negara ini dipanggil `sampah’? Adakah selepas ini jika kita kekurangan pembantu rumah warga Indonesia maka warga Afrika juga akan menjadi pilihan untuk mengisi kekosongan tersebut?


Selama ini sudah terlalu banyak masalah dibawa oleh warga Afrika termasuklah jenayah siber seperti  `love scam’ yang mengakibatkan rakyat negara ini rugi jutaan ringgit.


Di beberapa tempat di sekitar Lembah Klang, sudah bertukar menjadi `Little Africa’ dan mencetuskan perasaan bimbang kepada penduduk tempatan. Tanyalah Jabatan Imigresen betapa mencabarnya jabatan itu untuk membanteras warga Afrika yang menyalahgunakan pas pelajar dan pas lawatan. Kesemua isu ini dipaparkan secara meluas oleh media, tak kanlah kementerian tidak tahu situasi ini?


 

Betul, Kula Segaran berkata, “kerajaan akan mempertimbang…’’ tetapi kenyataan itu sepatutnya dikeluarkan selepas beliau mengkaji atau mendapatkan pandangan logik atau tidak, Malaysia menggunakan khidmat pekerja warga Afrika. Dari segi fizikal, logiklah sebab mereka berbadan besar tetapi mereka juga adalah ancaman keselamatan dan sosial rakyat negara ini.


Oleh itu tidak payahlah mahu `mencari penyakit’ untuk menjemput mereka datang bekerja di negara ini. Sekarang inipun ramai yang sudah bekerja secara haram dan terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah seperti penipuan siber, dadah, pelacuran dan sebagainya. Atas alasan apapun warga Afrika sama sekali tidak harus dipertimbangkan untuk diambil bekerja di negara ini.


Kalaulah betul seperti mana kata Kula Segaran bahawa semakin ramai rakyat Indonesia dan Vietnam tidak mahu bekerja di negara ini, mungkin beliau boleh bertanya kepada Jabatan Imigresen bagaimana `mahu menghalalkan’ lebih 1 juta pendatang asing tanpa izizn (PATI) yang dikatakan berada di sini.


Atau mungkin juga mencari semula 30,000 warga Bangladesh yang didakwa pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan pernah dibawa masuk untuk mengundi Barisan Nasional (BN) suatu ketika dahulu. Kesemua mereka pasti mahu bekerja di sektor perladangan.
 

Kesimpulannya, kerajaan khususnya Kementeri Sumber Manusia tidak payahlah mengkaji satu tindakan  yang penulis berpendapat hanya menjemput `lebih banyak penyakit’ ke negara ini, tidak perlu mencari masalah, kalau kita tahu sesuatu perkara pasti mengundang masalah.
 

Diharapkan lain kali Kula Segaran perlu mendapat pandangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya Jabatan Imigresen sebelum bercakap isu berkaitan warga asing supaya tidak menjadi kecaman rakyat negara ini. Sekarang sudah terlepas cakap maka `hadam sajalah’. - UTUSAN ONLINE