Pengurusnya, Fakharuddin Amiruddin berkata, kejohanan tersebut diadakan di Padang Bola Sepak Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

"Kejohanan ini terbuka kepada dua kategori iaitu bawah tujuh tahun dan bawah enam tahun.

"Kami hanya membuka kepada 10 pasukan untuk setiap kategori yang mana setiap pasukan akan diwakili oleh lapan pemain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Fakharuddin berkata, untuk menyertainya, setiap pasukan perlu membayar yuran penyertaaan RM80 dan tarikh tutup pada 26 Ogos ini.

"Tujuan utama kejohanan ini bagi memberi pendedahan tentang pertandingan supaya pelatih-pelatih tidak terlalu bosan dengan latihan sahaja," katanya.

Pasukan yang berminat untuk menyertai kejohanan berkenaan boleh menghubungi 019-9666386 untuk keterangan lanjut. - UTUSAN ONLINE