Gesaan itu dibuat bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dengan menyifatkan akta berkenaan mampu menjaga keamanan negara.

“Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sudah dimansuhkan dan kini yang ada hanyalah SOSMA, (jadi) polis kena tegaskan untuk jaga keselamatan negara dan keadaan semasa,” katanya seperti dipetik laporan Sinar Harian di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr. Ibrahim Ali dilapor mencadangkan agar ISA dikuatkuasakan semula bagi membendung isu ketegangan kaum.

Ini kerana menurut beliau, undang-undang sedia ada hanya boleh mengambil tindakan selepas negara kucar-kacir dan bukannya bertujuan untuk mencegah.

Dalam pada itu, Musa juga berpandangan bahawa ISA tidak wajar dimansuhkan, bagaimanapun mengakui akta tersebut sukar untuk diwujudkan semula.

“Tetapi kalaulah diwujudkan semula boleh ke? Itu masalahnya. Cakap senang tapi parlimen luluskan atau tidak.

“Realiti agak sukar benda kita sudah buang nak dapat balik susahlah,” katanya. - UTUSAN ONLINE