Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, setakat ini tiada pihak yang boleh menuding jari dan menyiarkan khabar angin berkenaan insiden itu lebih-lebih lagi untuk tujuan politik termasuk mengaitkannya dengan kilang kimia 101 Group.

Beliau berkata, Gerakan akan terus berdiri dan memberi sokongan kepada rakyat serta berjuang bagi memastikan pelaku dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan sewajarnya.

“Kita akan terus bersama rakyat dalam memastikan pelaku dibawa ke muka pengadilan tanpa mengira sesiapa sahaja.

“Akan tetapi, tiada siapa pun boleh menyebarkan khabar angin terutama di media sosial lebih-lebih lagi untuk tujuan politik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terbaru, kira 130 orang pelajar termasuk seorang guru sesak nafas, pening dan pitam baru-baru ini disyaki terkena sisa pencemaran gas kimia yang disahkan mengandungi Metil, Merkaptan dan Akrilonitril.- UTUSAN ONLINE