Bagaimanapun, laman Facebook Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah memaklumkan, tumpuan diberikan kepada kawasan sempadan Kuantan-Pekan di mana bermula pukul 4 pagi tadi paras air di Sungai Jarau, Sungai Lepar, Sungai Pahang Tua dan Sungai Soi meningkat berikutan aliran air dari hulu Sungai Pahang.

"Keadaan ini menyebabkan kawasan-kawasan rendah dan berhampiran sungai berpotensi untuk terjejas," jelas kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE