Ekoran itu, pengerusi pergerakan itu, Benny Wenda mahu PBB untuk campur tangan dalam konflik susulan isu penghinaan kaum di wilayah itu.

“Apa yang sedang berlaku ini sangat membimbangkan. Ia adalah satu lagi Timor Leste.

“Kami tahu mahu melihat pembunuhan beramai-ramai dan kemudian baharu dunia bertindak,” katanya di sini hari ini.

Wenda memberitahu, mereka tidak berniat untuk menang dengan cara berperang dengan tentera Indonesia.

Sebaliknya, beliau berkata, mereka mempunyai senjata yang lebih harmoni disebut sebagai referendum. - AFP