baru-baru ini.

Misi perdagangan itu menyaksikan kerajaan negeri menandatangani 11 memorandum persefahaman (MoU) dengan pelabur Singapura dan syarikat antarabangsa yang bersetuju melabur RM1.134 bilion di Pahang.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri terlebih dahulu akan mengkaji potensi menarik pelaburan di negara-negara berkenaan kerana tidak mahu usaha itu dibuat secara  semberono.

"Umpamanya di Singapura, kita membuat kajian teliti termasuk dari segi faedah yang diperoleh Pahang, apa yang kita dapat tawarkan dan apa yang boleh negara itu beri kepada kita.

"Setelah kita ada perkara yang boleh ditawarkan kepada mereka, baru kita pergi. Maknanya kita tidak akan pergi dengan tangan kosong," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) dengan institusi-institusi pendidikan dan industri di sini hari ini.

Yang hadir sama Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Roslan Harun dan Rektor KUIPSAS, Prof. Madya Dr. Mohd. Zawavi Zainal Abidin.

MoU itu bertujuan membina jaringan strategik antara KUIPSAS dengan lapan institusi berkenaan supaya kolej universiti tersebut dapat melengkapkan mahasiswanya dengan ilmu pengetahuan dalam bidang berorientasikan kehendak pasaran semasa.

Menurut Wan Rosdy, selepas ini kerajaan negeri akan mengkaji peluang dari segi pertanian di Thailand umpamanya bagaimana negara itu menguruskan industri tersebut.

"Apabila kita mengenal pasti apa perkara yang boleh ditawarkan kepada mereka, kita membuat lawatan ke negara berkenaan," katanya. - UTUSAN ONLINE