Jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, bagi nombor plat kenderaan kategori biasa pula (running), bidaan tertinggi adalah PNY4174 iaitu dengan nilai RM3,333.

Menurutnya, bidaan nombor plat kenderaan siri PNY itu mula dibuka pada 17 April hingga 2 Mei lalu dan pembida yang berjaya akan diumumkan pada 21 Mei ini.

“Siri PNY ini mencatatkan permohonan antara yang tertinggi di JPJ Pulau Pinang iaitu sebanyak 533 permohonan yang diterima manakala jumlah yang berjaya adalah sebanyak 239 permohonan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE