Bantuan itu disampaikan oleh Ketua NGO tersebut, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican.



Menurut Mustapha, ini bukan kali pertama beliau ke kampung tersebut untuk menghulurkan bantuan.



“Saya pernah datang ke kampung ini bagi membina perigi bagi kegunaan masyarakat di sini.



“Alhamdulillah pada bulan yang mulia ini sekali lagi saya datang untuk menyampaikan bantuan kepada 30 orang fakir miskin yang terdiri dari ibu tunggal, mualaf dan orang kurang berkemampuan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 



Tambahnya lagi, perjalanan ke kampung tersebut tidak mudah kerana mereka terpaksa menempuh perjalanan yang begitu panjang.



“Perjalanan dari pusat bandar Phnom Penh ke kampung tersebut mengambil masa kira-kira lima jam 30 minit dengan menggunakan pacuan empat roda (4x4) atau motosikal,” katanya. -UTUSAN ONLINE