Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sungai Besar, Fikri Mohd. Khomar berkata, BSH bagi golongan ini sangat bermakna bagi menampung per­belanjaan harian mereka.

Katanya, BSH berjumlah RM300 itu menjadi 'talian ha­yat' kepada nelayan kerana pendapatan harian hasil tangkapan ikan adalah tidak menentu, malah jika tidak bernasib baik, mereka pulang dengan tangan kosong.

FIKRI MOHD. KHOMAR
FIKRI MOHD. KHOMAR 

“Secara purata, pendapatan diraih nelayan pesisir pantai hanya RM45 hingga RM60 sehari dan mereka ini tidak sepanjang masa boleh turun ke laut. Jadi, dengan adanya BSH ia dapat membantu meringan beban bagi nelayan meneruskan ke­langsungan hidup,” katanya.

Dalam pada itu, Fikri juga meminta kepada kerajaan agar mengekalkan bantuan subsidi minyak petrol kepada nelayan yang ketika ini golongan itu mendapat kuota minyak petrol sehingga 50 liter.

Jelasnya, subsidi itu sangat diperlukan para nelayan kerana tanpanya, mereka tidak mampu meneruskan kelangsungan di­sebabkan hasil tangkapan tidak mampu menampung kadar kos yang dikeluarkan.

“Apa sekalipun alasan oleh pihak kerajaan, jangan sesekali bantuan kepada para nelayan ini disekat atau dikurangkan kerana mereka memerlukan semua ini untuk kelangsungan dan jika kita tidak membantu, isu kemiskinan akan terus me­lebar,” jelasnya.