MOHD. YUSOF

Simpanan itu juga boleh digunakan jika berlaku krisis atau bencana kepada sumber air utama seperti yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.

Timbalan Presiden FOMCA, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, beliau bersetuju jika negara membina takungan air seperti di negara tersebut supaya air hujan disalurkan terus ke bawah tanah dalam satu takungan besar.

‘‘Kita memerlukan satu sistem pengurusan lebih lestari untuk menyimpan air bagi kegunaan akan datang,’’ katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Hari Air Sedunia 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea dekat sini hari ini.

FOMCA menganjurkan sambutan Hari Air Sedunia 2019 yang melibatkan para pelajar SMK Taman Sea untuk memberi kesedaran di peringkat awal berkenaan kepentingan penjagaan sumber air.

Sementara itu, Mohd. Yusof berkata, tindakan dan hukuman tegas perlu dikenakan kepada mereka yang mencemarkan sumber air supaya tidak sewenang-wenangnya membuang sisa toksik ke sungai berhampiran.