Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, penubuhan bank tersebut telah dipersetujui dan bakal bertapak di salah sebuah negara Asia.

“Ianya bukan di Malaysia, saya tak nak sebut nama negara tersebut. Tetapi kita dah bincang dan salah satu negara dalam Asia dah setuju untuk berikan lesen kepada Bank berkenaan.

“Dari segi modal permulaan pula berjumlah USD$100 juta (RM416 juta). Bank ini juga akan buka simpanan deposit dalam kalangan gerakan dan ahli koperasi yang akan diberi kemudahan pembianyaan,” katanya dalam satu sidang akhbar sempena lawatan kerja bersama Coorperative League of Thailand (CLT) di Auditorium Angkasa, di sini hari ini.

“Selain daripada rakan strategik, bank ini akan buka simpanan deposit dalam kalangan gerakan koperasi dan ahli koperasi sekali gus akan dapat kemudahan pembiayaan.

“Yang penting ianya seratus peratus patuh syariah dan manfaatnya kita nak bagi kemudahan kepada seluruh ahli-ahli koperasi di rantau Asia,” jelasnya lagi. - UTUSAN ONLINE