“Kita boleh berbuat demikian tetapi sama ada mereka terima atau tidak itu lain perkara.

“Ini boleh kita lakukan dan banyak lagi bekalan-bekalan dari Eropah yang boleh kita guna untuk meminta mereka supaya tidak memburukkan penggunaan minyak sawit,” kata beliau dalam sidang media di sini pada Isnin sebelum mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom (UK).

Dr. Mahathir berkata demikian apabila ditanya pemberita mengenai cadangan penggabungan syarikat telekomunikasi Malaysia iaitu Axiata dengan Telanor dari Norway, antara negara yang menentang penggunaan minyak kelapa sawit.

Norway merupakan negara pertama di dunia untuk melarang penggunaan dan pembelian bahan api bio diesel yang mengandungi minyak sawit atas alasan penanaman kelapa sawit membawa kepada kemusnahan hutan semula jadi.

Dalam lawatan kerja tiga hari beliau ke UK, Dr. Mahathir diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Sadiq Abdul Rahman. - BERNAMA