Meskipun kini mempunyai tiga anak, isteri Shuib Sepahtu ini tetap kekal menjaga bentuk tubuh agar kekal menarik.

Jelas Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin, 35, dia sangat menjaga setiap pemakanan yang diambil demi menjaga kesihatan.

“Saya memang menjaga makan tapi bukan untuk kurus semata-mata. Pemakanan yang kita ambil harus dijaga dan tengok jenis makanan itu.

“Kita mana boleh tak makan. Kalau tak makan, matilah. Jadi makan pun dengan kuantiti yang betul.

“Macam saya, makanan tu tak boleh lebih daripada satu genggam tangan. Tapi janganlah ambil makanan seperti kek semua tu dalam satu genggam. Itu salah,” ujar Sarah.

Tambah Sarah, disiplin memang harus dijaga di samping membuat sedikit aktiviti senaman.

“Saya hanya minum air setengah jam selepas makan. Kalau kata masih tak kenyang, saya makan juga tapi tetap tak lebih dari satu genggam tangan.

“Disiplin kena ada juga walaupun kita tengah makan. Nak cantik pun bukannya senang kan,” kata Sarah. - UTUSAN ONLINE