Sebaliknya, menurut bekas Pegawai Khas Ahli Parlimen Pekan berkenaan, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, segala interpretasi itu datang daripada ahli perniagaan dalam buruan itu sendiri.

"Jho Low adalah salah seorang perancang hal-hal berkenaan. Semua itu diberitahu oleh Jho Low kepada saya.

"Seingat saya Datuk Seri Najib tidak pernah memperkenalkan Jho Low sebagai pencatur," katanya bagi menjawab soal balas daripada peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari keenam perbicaraan kes Najib yang didakwa atas 25 pertuduhan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram.

Perbicaraan sesi soal balas terhadap Amhari Efendi masih berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. - UTUSAN ONLINE