Menerusi hantaran dalam Facebooknya, beliau memberitahu tempat duduk asalnya iaitu ke-10 sebagai bekas Perdana Menteri yang mengikut protokol istiadat telah ditukar pada saat akhir.

“Sepatutnya duduk di tempat ke-10 sebagai bekas Perdana Menteri mengikut protokol istiadat tetapi ditukar pada saat terakhir ke tempat duduk Orang Besar Pahang,” katanya,

Justeru, beliau menyatakan adalah mustahil untuk balik ke Pekan bagi mengambil pakaian istiadat untuk Orang Besar Pahang.

“Pakaian istiadat untuk Orang Besar Pahang dan pakaian bekas PM tak sama. Setiap jawatan ada protokolnya.

“Masa itu dah tak sempat nak ambil pakaian dari Pekan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE