Beliau tiba di kediaman arwah dekat Villa Maznah, Ukay Height, Ampang di sini kira-kira pukul 1.10 petang bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Perdana Menteri dan isteri meluangkan masa kira-kira 20 minit mengaminkan doa dan menemui ahli keluarga arwah.

Maznah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 6 petang semalam di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, selepas dimasukkan ke wad berkenaan bagi merawat komplikasi jantung yang dihidapinya.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (Karak 2), Taman Selasih selepas solat asar hari ini.

Terdahulu, ibu Perdana Menteri, Tun Rahah Mohammad Noah dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut menziarahi jenazah di sini. - UTUSAN ONLINE