Tetap jadi tumpuan walaupun tidak lagi menjadi perdana menteri.-FB Najib Razak
Tetap jadi tumpuan walaupun tidak lagi menjadi perdana menteri.-FB Najib Razak 

Najib yang pertama kali singgah ke Restoran Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh di Jalan Yang Kalsom hari ini, mengakui makanan di sini enak sekali, lebih-lebih lagi apabila makan dalam suasana bersama-sama dengan rakyat. 

"Saya biasa makan nasi vanggey kerana telah kenal lama pengurusnya, Mohamed Nihmatullah Syed Mustaffa tetapi ini kali pertama saya berpeluang pergi ke restoran ini. Sememangnya pergi ke kedai lebih baik dan lagi sedap rasa makanannya. 

"Kuah vanggey itu istimewa, itu rahsianya yang dijaga macam formula Coca-Cola. Orang tidak tahu apa formulanya tetapi sedap sangat, yang lain itu ada ayam dan ikan. Kali terakhir saya makan ialah sebelum pilihan raya umum lalu," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas meluangkan masa selama kira-kira sejam di restoran berkenaan.

Kehadiran Najib ke restoran itu turut menarik perhatian umum apabila orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan bergambar dengannnya.

Anak muda kelihatan tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Datuk Seri Najib Tun Razak selep
Anak muda kelihatan tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau selesai menikmati hidangan ketika pertama kali singgah ke Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom, Ipoh, Perak hari ini. 

Terdahulu, pada sebelah pagi, Najib bersantai sambil mengikuti aktiviti lasak menaiki kenderaan pacuan empat roda di Teratak Riverview, Tanjung Malim yang terletak bersempadan antara negeri Selangor dan Perak.

Najib mengakui dia memandu sendiri kereta pacuan empat roda tersebut dan ia merupakan satu bentuk rekreasi yang amat memuaskan hati selain dapat menghargai alam sekitar di negara ini.

"Itu merupakan satu pengalaman baharu kerana jalan memang 'off track' dan ada tempat terpaksa menyeberang sungai, sangat mencabar tetapi amat menyeronokkan.

"Kadang-kadang kita terlepas pandang tempat yang begini indah dan semula jadi yang terdapat di negara kita. Jadi, saya hendak galakkan ramai rakyat Malaysia untuk turut sama berekreasi," katanya. - UTUSAN ONLINE