Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, kerajaan negeri telah membuat beberapa perancangan sebagai persediaan sebelum status bebas cukai dilaksanakan sepenuhnya di Pulau Pangkor.

"Kerajaan negeri akan menambah bilangan hotel di Pulau Pangkor untuk menampung lebih ramai pelancong yang datang.

"Beberapa penambahbaikan dan kerja-kerja menaik taraf kemudahan infrastruktur juga akan dilaksanakan di Pulau Pangkor," katanya selepas merasmikan program World Eco Tourism Expo di sini hari ini.

Menurut Nolee Ashilin, pengumuman itu akan meningkatkan status Pulau Pangkor dalam usaha untuk menarik pelancong.

Jelasnya, Pulau Pangkor akan menjadi alternatif kepada pelancong untuk berkunjung ke kawasan bebas cukai selain daripada Pulau Langkawi, Kedah.

"Pengumuman ini pastinya memberi banyak manfaat kepada orang ramai khususnya pelancong yang berkunjung ke negeri ini," katanya. - UTUSAN ONLINE