NADYA SYAHERA (kanan) dan suaminya, Fizul Nawi sekali lagi diberi ujian berat apabila restoran milik mereka terbakar. - UTUSAN ONLINE

Menerusi perkongsian dalam Instagram Nadya, restoran The Golok Cafe yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam terbakar pada pukul 10 malam tadi berpunca daripada kebocoran gas.

Ketika insiden itu berlaku, ramai pelanggan sedang leka menjamu selera di dalam restoran berkenaan.

“Allahuakbar! Dugaan Allah datangkan untuk kami.

“Restoran The Golok Cafe terbakar berpunca daripada gas yang bocor.

“Alhamdulillah semua sempat selamatkan diri. Cuma seorang pekerja sahaja yang tercedera,” kongsinya Nadya pada kapsyen akaun Instagram miliknya.

Sementara itu, Nadya turut memohon maaf kepada pelanggan yang ada ketika musibah itu berlaku dan menghalalkan juadah yang di makan.

“Minta maaf kepada pelanggan yang ada semasa kejadian.

“Dan kami halalkan semua yang makan di restoran kami. Doakan agar urusan kami dipermudahkan,” tulisnya.

Difahamkan, restoran The Golok Cafe baharu setahun beroperasi. - UTUSAN ONLINE

Learn to freehand visualize your ideas