Pengendali laman Facebook Mujahid, berkongsi beberapa gambar Mujahid di Hospital Christchurch, hari ini.


“Alhamdulillah, selepas selesai solat Jumaat, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mengambil peluang untuk menziarahi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa insiden serangan pengganas di Christchurch, New Zealand iaitu saudara Mohd. Tarmizi Shuib, Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad.


“Menteri turut menyerahkan sumbangan daripada rakyat Malaysia kepada mereka.


“Beliau juga sempat bertemu dengan keluarga mangsa serta rakyat Malaysia yang tinggal di sana yang telah banyak membantu urusan mangsa dan keluarga mereka di sini,” tulisnya.


Jumaat lepas kira-kira 50 maut termasuk seorang warganegara Malaysia, Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi, 17, dalam kejadian tembakan di dua buah masjid di Christchurch. - UTUSAN ONLINE