Itu merupakan harapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang menjelaskan bahawa peruntukan tersebut sebagai ke­perluan bagi menjayakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.

Beliau memberitahu, banyak isu berbangkit dan masalah dihadapi oleh pusat-pusat tahfiz di negara ini yang perlu diselesaikan.

“Harapnya peruntukan tahfiz ini di bawah kementerian de­ngan secukupnya akan membantu pelaksanaan dasar de­ngan lebih berkesan.

“Ini sekali gus membantu melahirkan tahfiz bertaraf antarabangsa dan memberi sumba­ngan besar kepada negara,” kata beliau dalam sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.