Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, sumbangan berkenaan adalah untuk kegunaan pihak universiti dan kariah berhampiran.

“Van jenazah itu akan diserahkan kepada pengurusan masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM bagi memudahkan dan melancarkan pengurusan jenazah.

“Selain itu, kita juga akan sediakan bantuan tambahan bernilai RM100,000 pada tahun ini kepada pelajar untuk dimanfaatkan pada bulan Ramadhan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian replika kunci kepada Rektor UIAM, Profesor Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin di Dewan Utama UIAM kampus Kuantan di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE