Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin malah tidak mahu bersikap pesimis, namun berharap kemelut di antara Anwar dan Mohamed Azmin dapat diselesaikan dengan segera.

“Saya tidak mahu menasihati kerana mereka berdua adalah kawan dan saudara saya dalam Pakatan Harapan (PH).

“Saya tak tahu nak kata apa. Hanya berdoa sahaja agar hubungan mereka kembali damai,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE