Presidennya, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, antara bentuk bantuan yang diberikan itu adalah bekalan makanan asas selama sebulan bagi meringankan beban mereka yang rata-ratanya terdiri daripada keluarga miskin.

“Sepanjang bulan Ramadan kali ini, bantuan pek makanan dan Dapur Ramadan (Iftar) bakal dilaksanakan di 13 kawasan konflik di Yaman dan akan dikelola MRA serta rakan pelaksana di lapangan.

“Kita sudah melaksanakan misi bantuan kemanusiaan di sini sejak 2015 dan antara fokus bantuan yang diberikan adalah pam air berkuasa solar, bantuan perubatan, pendidikan serta makanan asas kepada pelarian di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Daud menyeru orang ramai yang prihatin terhadap penderitaan rakyat Yemen agar memberi sokongan dan bantuan kepada mereka.

Katanya, mereka yang ingin memberi bantuan atau sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5640 9820 6365 di atas nama Malaysian Relief Agency. - UTUSAN ONLINE