Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, Mohd. Na’im pernah menganggotai Panel Majlis Perundingan Islam serta menjadi ahli Jawatankuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Beliau juga pernah dilantik sebagai profesor adjung oleh Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2012.

“Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Datuk Dr. Mohd. Naim sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah yang baharu," menurut kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan pejabat itu lagi, kepakaran Mohd. Na’im turut diperakui dunia luar apabila dilantik sebagai Cheavening Felo Pelawat Malaysia di Oxford Centre For Islamic Studies, Universiti Oxford, United Kingdom bagi tahun 2008 dan 2009; Felo Pelawat di Harvard Law School, Universiti Harvard, Amerika Syarikat dan berkhidmat di Universiti Harvard pada Februari 2013 sehingga Mei 2013.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1990 hingga 1997 dan selepas itu, beliau menjadi peguam syarie di Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah Persekutuan serta menjadi peguam bela dan peguam cara Malaya pada tahun 1997 hingga 1998.

Mohd. Na’im juga pernah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Syariah Daerah Petaling sehingga tahun 2001, Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dari tahun 2001 sehingga 2003 dan menjadi pendakwa syarie kanan di Jabatan Agama Wilayah Persekutuan antara tahun 2007 hingga 2008.

“Beliau juga menganggotai beberapa Lembaga Penasihat Syariah Bank-bank Islam tempatan dan luar negara serta beberapa syarikat takaful.

“Tahniah Datuk Dr. Mohd. Na’im di atas pelantikan ini. Semoga jabatan itu terus cemerlang dan efisien di bawah pentadbiran beliau,” menurut kenyataan berkenaan. - UTUSAN ONLINE