Bahagian Perhubungan Korporat, Operasi dan Perkhidmatan Pelanggan Zakat Melaka dalam satu kenyataan memberitahu, kutipan zakat sehingga semalam adalah sejumlah RM20.859 juta.

“Jumlah itu menunjukkan peningkatan sejumlah RM5.95 juta atau 39 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (RM14.90 juta).

“Manakala bilangan pembayar pula meningkat kepada 33,750 orang berbanding tempoh yang sama tahun 2017 hanya 31,418 orang. Jumlah peningkatan adalah seramai 2,332 orang atau 7.42 peratus,” menurut kenyataan itu.

Pada majlis tersebut, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengiringi Mohd. Khalil menerima zakat perniagaan daripada agensi-agensi terlibat. - UTUSAN ONLINE