Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Moga ditempatkan di sebaik-baik kedudukan dalam syurga- MB Kelantan

KOTA BHARU 14 Sept. - Kerajaan Pas Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur awal pagi tadi.


Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, beliau mendoakan 24 mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ditempatkan di sebaik- baik kedudukan dalam syurga Allah serta digolongkan bersama para Syuhada dan Solehin.


“Saya menerima berita musibah kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah yang melibatkan lebih 20 orang terkorban. Sesungguhnya kematian adalah peringatan Allah supaya setiap hamba-Nya sentiasa bersiap sedia.


“Sudah tentu tragedi ini sangat mendukacitakan seluruh keluarga mangsa. Bersabarlah dalam menerima segala musibah termasuklah kematian yang tiada diduga kejadiannya.


“Semoga Allah memberikan pahala besar untukmu menguatkan ketabahanmu, mengampuni orang yang meninggalkanmu, mengilhamkan kepadamu kesabaran dan mencurahkan pahala kepada kami dan engkau dengan sebab kesabaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain